Teori Dual Coding.
Teori Pengenkodan Dedua Paivio(Dual Coding Theory)
merupakan satu teori yang memodelkan pemikiran manusia ke dalam dua sistem
pemprosesan yang dominan iaitu verbal dan bukanverbal.Siatem bukan verbal
menguruskan pemprosesan maklumat visual.Apabila gambar dienkodkan,adalah
dipercayai ianya dienkodkan secara visual dan verbal.Andaian teori ini
adalahterdapat dua subsistem kognitif , satu untuk perwakilan dan pemprosesan objek
atau kejadian bukan verbal(imagery),dan satu lagi yang dikhususkan untuk
bahasa.Paivio (1986) juga mencadangkan dua jenis unit perwakilan yang berbeza
iaitu imagens´ untuk imej mental dan´loggens´ untuk entity verbal.´Loggens´
diorganisasi dalam bentuk perkaitan dan hierarki sementara imagens´diorganisasikan dalam bentuk hubungan bahagian-seluruh
(part-whole relationships).Teori ini meramalkan tiga jenis
pemprosesan berlaku antara dan dalam kedua-dua sistem ini iaitu
pemprosesan perwakilan, pemprosesaanrujukan dan pemprosesan
sekutuan.Pemprosesan perwakilan merupakan pengaktifan langsung perwakilan
verbal atau non-verbal.Perwakilan rujukan merupakan pengaktifan sistem verbal
oleh sistem bukan verbal atausebaliknya.Perwakilan sekutuan merupakan
pengaktifan perwakilan dalam sistem verbal atau bukan verbal yang
sama.Sesuatu tugas memerlukan salah satu atau ketiga-tiga
jenis pemprosesan.Teori Pengenkodan Dedua ini sebenarnya digunakan untuk
menerangkansignifikan kebolehan spatial dalam teori-teori kecerdasan(Guilford,1982),pemproses
bilingualdan sebagai rangka am bagi psikologi (Clark &
Paivio,1991).Seterusnya penggunaan audio danvisual akan dapat membantu para
pelajar dengan lebih berkesan kerana usaha membina imejmental boleh dibantu
oleh imej-imej yang dipaparkan di skrin komputer ketika pelajar
mengikutisesuatu perisian pembelajaran(Jonassen & Hanunum,1987).
Contohnya,seorang guru yang
mengajar murid Tahun 1 di dalam bilik darjah akan
mengajar dengan menyebut (verbal) A ,B, C dan D.Dalam masa yang sama,guru akan
membantu pelajar menulis(visual) di papan putihuntuk menunjukkan huruf-huruf
abjad tersebut.Menurut Paivio(1986),maklumat diproses didalam otak manusia
menerusi dua saluran.Satu saluran yang memproses maklumat verbal sepertiteks
dan audio yang dinamakan µlogoggens dan satu lagi saluran yang memproses
maklumat bukan verbal seperti gambar,animasi,ilustrasi dan bunyi yang
dinamakan µimagens .Teori dualcoding juga mengenalpasti tiga bentuk pemprosesan
maklumat iaitu1.represenational (perwakilan) :Pengaktifan terus perwakilan
verbal atau bukan verbal.2.referential (rujukan) : Pengaktifan perwakilan
verbal oleh perwakilan bukan verbal atausebaliknya.3.associative (gabungan)
:Pengaktifan perwakilan oleh sistem yang sama, sama adaverbal oleh verbal atau
bukan verbal oleh bukan verbal.Menurut Paivio (1986) lagi,pengaktifan kedua-dua
saluran verbal dan bukan verbal iaitumelalui pemprosesan hubungan rujukan
(refrential) boleh berfungsi mengekalkan sesuatumaklumat itu dalam
ingatan.Dengan itu,koswer multimedia yang dibangunkan dengan pelbagaimedia yang
digunakan saling berkait antara satu sama lain boleh menjadi elemen
yangmembantu pelajar mengingati sesuatu maklumat yang disampaikannya.

